Tuesday, February 2, 2010

MENCARI KEBERKATAN ILMU


Sebagai seorang murid, apa yang penting bagi kita ialah menimba sebanyak mungkin ilmu. Tetapi jangan dilupa, dalam proses itu, yang lebih penting ialah kita mendapat keberkatan dari ilmu yang dituntut itu.
Untuk mendapat keberkatan ilmu, kita hendaklah mematuhi adab-adab dalam menuntut ilmu. Antaranya:

IKHLAS NIAT

Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu adalah ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk dan bukan seperti lalangyang tinggi semakin mendongak ke langit menyombong diri . Ingatlah bahawa org yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri . Setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu,setiap orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal dan setiap orang yang beraamal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas .


TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL

Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tidak kira dalam apa jua keadaan atau masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku kecil yang ringan atau mendengar kaset-kaset ceramah agama . Perkara tersebut dapat melembutkan hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ditakuti akan menjadi keras hatinya .Selain itu, kita juga hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran itu di rumah terutamanya . Dihiasi dengan budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan semata. Di samping itu, kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita . Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya isitu berusaha,tekun,yakin,tidak mudah putus asa dan menyerahkan keputusannya kepada Allah sepenuh hati .


MENJAUHI MAKSIAT

Imam syafi'ie pernah berkata : 'ilmu itu adalah cahaya Allah dan cahaya Allah tidak menerangi ( memberi petunjuk ) kepada orang yang membnuat maksiat . Sebagai seorang thalibul 'ilm, kita mestilah menghidupkan budaya amar ma'ruf nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita.Jangan ambil ringan dan mudah terhadap maksiat yang kecil kerana ia akan menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar .Sesungguhnya dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa yang besar .


MEMILIH TEMAN YANG SOLEH

Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sa0a lain di dalam rumah kita sendiri samaada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau perbincangan yang tidak rasmi setiap hari . Luqman al-hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

BANYAKKAN ZIKRULLAH

Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana 'ulama sufi begitu menitikberatkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabah diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma'thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala yang telah diperintahkan leh Rabbl 'izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat . Bacalah al-qur'an sekurang2nya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat . Hidupkan amalan - amalan sunnat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluknya.

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template