Tuesday, December 22, 2009

MENANTI HARI ESOK...


Esok Khamis (24 Disember 2009) keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah akan diumumkan. Bukan setakat murid, guru pun turut teruja dan 'gubra' hendak melihat keputusan tersebut. Apapun, kita tawakkal dan berserah kepada Allah apa jua keputusan esok. Dapatkah keputusan 100% lulus Pendidikan Islam dapat dipertahankan untuk tahun keempat berturut-turut...wallahua'lam....kita tungguuuuuuu.

Wednesday, December 16, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Sempena Maal Hijrah yang jatuh pada hari Jumaat (18 Disember 2009) , marilah kita mengkoreksi diri kita, apakah sepanjang 1430 H lalu telah kita laksanakan segala azam yang kita buat di awal tahun lalu. Sudahkah kita menjadi manusia yang semakin baik dari tahun sebelumnya…sudahkah kita tinggalkan segala sikap kita yang tidak baik yang ada pada diri… Sudahkah kita menjauhkan diri kita dari kemurkaan Allah…

Ayuh semua…kita bina kembali keazaman kita sempena awal muharam ini untuk melunaskan apa yang belum terlaksana dan kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.
Salam Maal Hijrah dari Ustaz dan Ustazah.


Info :
Doa akhir tahun: dibaca sebelum masuk waktu maghrib

Doa awal tahun : dibaca selepas solat maghrib

Saturday, December 5, 2009

Sepatah Dua Kata

Assalamualaikum...selamat meneruskan cuti yang masih berbaki..sementara yang masih berjuang di medan SPM, teruskan langkah perjuangan dengan gagah dan yakin. Minta maaf tidak dapat nak up-datekan blog ini buat sementara kerana memberi peluang kepada pelajar Tingkatan 3 tahun 2010 meneliti ayat-ayat hafazan yang mereka akan laksanakan sebagai kerja kursus tahun hadapan..Ustaz akan up-datekan blog ini apabila keputusan PMR keluar nanti...sementara itu, bagi penggemar ilmu bolehlah melayari blog ustaz..http://maktab-mahmud.blogspot.com. Harap maklum dan Terima kasih
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template