Monday, November 30, 2009

KERJA KURSUS PMR PENDIDIKAN ISLAM 2010

Assalamualaikum w b k t ..kepada semua murid Islam Tingkatan 3 tahun 2010. Selamat bercuti moga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat. Berikut Ustaz senaraikan Ayat Hafazan yang merupakan kerja kursus wajib bagi matapelajaran Pendidikan Islam PMR bagi tahun 2010 nanti. Harapan Ustaz, Kalian gunakanlah masa cuti ini untuk menghafaz ayat-ayat yang ustaz sertakan ini.[KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS]



SELAMAT MENGHAFAZ..MOGA CEMERLANG PMR 2010.

Wednesday, November 25, 2009

SALAM UKHWAH DI HARI LEBARAN




Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua warga SMK Sentosa, Kampar yang beragama Islam. Sambutlah hari yang mulia ini dengan mematuhi adab dan syariat Allah S W T. Kala kita meraikan aidil adha ini, marilah kita merenung kembali bahkan kita menghayati sejarah pengorbanan tokoh besar Islam bagi membangkitkan jiwa dan semangat pengorbanan dalam diri kita. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa pengorbanan. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H. Moga kita sentiasa menjadi insan yang sentiasa bersedia sanggup berkorban demi agama suci ini.

Wednesday, November 18, 2009

SEBELUM TABIR DILABUHKAN

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI DAKWAH SMK SENTOSA KAMPAR 2009



1 BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH Dilaksanakan setiap Jumaat hujung bulan
2 SAMBUTAN MAAL HIJRAH 30 Januari 2009
3 SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 27 Mac 2009
4 PROGRAM CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ 31 Julai 2009
5 PROGRAM IHYA RAMADHAN 2-18 September 2009
6 MAJLIS KHATAM AL-QURAN 18 September 2009
7 SOLAT HAJAT,BACAAN YASIN 11 September 2009
8 MOTIVASI KEROHANIAN 11 September 2009
9 NADWAH KEPIMPINAN 15 Ogos 2009
10 MAJLIS DOA RESTU PMR DAN SPM 2 oktober 2009
11 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 18 April 2009Tidak dapat dilaksanakan
–tiada kos
12 MTQ 2009 Hafazan lelaki-tempat ke3, Kuiz –separuh Akhir
13 MAHRAJAN KESENIAAN ISLAM 2009 Penyertaan pertama (NASYID)

Monday, November 16, 2009

BICARA MUALIM

SELAMAT BERJUANG...




Pada Hari Rabu ini (18-11-2009), bermulalah perjuangan anak-anak didik Tingkatan 5 mengharungi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Bagi pelajar Islam...Yakinlah kalian merupakan generasi terbaik yang telah berjaya mencapai kejayaan 100 % dalam Pendidikan Islam PMR pada tahun 2007 yang lalu dan Ustaz yakin kamu boleh melakukannya lagi.Seperti yang selalu ustaz katakan pada kamu semua..sebagai seorang Islam, selain usaha gigih mengulangkaji pelajaran, kita wajib berdoa memohon pertolongan dari Allah S W T. Oleh itu, persiapkan segala kelengkapan dan keupayaan yang telah kamu bina selama ini untuk bertempur di medan ini. Dan kami berdua mengharapkan kejayaan kamu nanti disambut dengan air mata kegembiraan oleh guru-guru dan ibubapa kamu. Ayuh anak didik sekelian...bangun dari lamunan dan yakinlah lah kamu boleh melakukannya..Insyaallah. Doa kami bersama anda sekelian

Salam kejayaan dari ustaz & ustazah (Panatia Pendidikan Islam SMK Sentosa kampar)

Sunday, November 15, 2009

Assalamualaikum....

selamat datang ke blog Panitia Pendidikan Islam SMK Sentosa.Sebarang maklumat mengenai program panitia akan disalurkan dalam blog ini....trima kasih
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template