Wednesday, December 16, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Sempena Maal Hijrah yang jatuh pada hari Jumaat (18 Disember 2009) , marilah kita mengkoreksi diri kita, apakah sepanjang 1430 H lalu telah kita laksanakan segala azam yang kita buat di awal tahun lalu. Sudahkah kita menjadi manusia yang semakin baik dari tahun sebelumnya…sudahkah kita tinggalkan segala sikap kita yang tidak baik yang ada pada diri… Sudahkah kita menjauhkan diri kita dari kemurkaan Allah…

Ayuh semua…kita bina kembali keazaman kita sempena awal muharam ini untuk melunaskan apa yang belum terlaksana dan kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.
Salam Maal Hijrah dari Ustaz dan Ustazah.


Info :
Doa akhir tahun: dibaca sebelum masuk waktu maghrib

Doa awal tahun : dibaca selepas solat maghrib

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template