Friday, March 19, 2010

SEPULUH GOLONGAN ORANG YANG MAYATNYA TIDAK REPUT ATAU BUSUK


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Wednesday, March 10, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009 SMK SENTOSA

KESELURUHAN (BERDASARKAN LULUS BM) - 73.6 PERATUS

KEPUTUSAN SPM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM SMK SENTOSA

JUMLAH CALON : 52 CALON

A+ = 1
A = 6
A- = 11

B+ = 9
B = 6

C+ = 5
C = 6

D = 4
E = 1

F = 3


PERATUS LULUS PENDIDIKAN ISLAM 2009 = 94.2 %
PERATUS LULUS PENDIDIKAN ISLAM 2008 = 100 %


KEPUTUSAN SPM SUBJEK TASAWUR ISLAM 2009

JUMLAH CALON : 14 ORANG

A+ = 0
A = 4
A- = 4

B+ = 4
B = 2


PERATUS LULUS TASAWUR ISLAM 2009 = 100%
PERATUS LULUS TASAWUR ISLAM 2008 = 100%

TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON YANG BERJAYA...KEPADA YANG KURANG BERJAYA, CUBA DAN USAHA LAGI..

Tuesday, March 9, 2010

DEBARAN MENANTI HARI ESOK....


ESOK....SEGALANYA KAN TERSINGKAP
APAKAH USAHA KERAS SETAHUN LALU
AKAN BERBUAH EMAS
ATAU HANYA BERBUNGA HAMPA

YA ALLAH
DEBARNYA MENANTI HARI ESOK
MOGA ADA SINAR TERANG MEMBAWA HARAPAN
UNTUK MENERUSKAN LANGKAH PERJUANGAN



KEPUTUSAN SPM 2009...ESOK (HARI KHAMIS 11-03-2010)
PUKUL 10.00 PAGI

Saturday, March 6, 2010

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMK SENTOSA KAMPAR


Alhamdulillah...sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah selamat diadakan. Majlis yang julung2 kali diadakan beserta dengan perarakan. Pihak Pengurusan Dakwah, Panitia Pendidikan Islam bersama Persatuan Agama Islam SMK Sentosa ingin mengucapkan jutaan terima kasih daun keladi kepada
TUAN PENGETUA (sudi datang walaupun ada kursus umrah)

PK PENTADBIRAN DAN PK HEM


PENCERAMAH JEMPUTAN (UST AZMI BIN ISMAIL)


SEMUA GURU YANG HADIR (sumbangan derma untuk jamuan maulidur rasul)


AJK PERSATUAN AGAMA (bertungkus lumus menyiapkan kelengkapan
dewan/sambutan)


AJK SIARAYA


PESERTA KUIZ, DEKLAMASI SAJAK, KHAT DAN NASYID(kome memang best)


BEKAS PELAJAR SMK SENTOSA-(Thanks)


dan SEMUA PELAJAR YANG BEGITU BERSEMANGAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H/2010M


Moga sambutan tahun hadapan lebih meriah dan hebat.

ikhlas dari USTAZ DAN USTAZAH (PANITIA PENDIDIKAN ISLAM)

GAMBO SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL....LAYANNNNNNZ

Sunday, February 28, 2010

PENGUMUMAN



SAMBUTAN MINGGU MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMK SENTOSA KAMPAR 1431H/2010M

1-3-2010 (ISNIN)

KUIZ AGAMA
DATARAN SMK SENTOSA
8.10 PAGI

3-3-2010 (RABU)

DEKLAMASI SAJAK BILIK AGAMA 7.45 PAGI
TULISAN KHAT BILIK AGAMA 7.45 PAGI


6-3-2010 (SABTU)

PERARAKAN/SELAWAT SMK SENTOSA 8-00>11.00 PAGI
CERAMAH (USTAZ AZMI HJ ISMAIL)
PERTANDINGAN NASYID

SEMUA GURU DAN MURID DIJEMPUT HADIR....BERSAMA KITA MEMERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S A W.

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Maulidur Rasul S A W.kepada semua warga SMK Sentosa, Kampar.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama kembali menghayati segala yang telah Nabi tinggalkan buat panduan hidup kita.

mudahnya kita selalu mengaku....

kita selalu mengaku sayang dan cintakan nabi, tetapi tidak pernah mencuba untuk melaksanakan ajaran yang telah nabi sampaikan kepada kita.

kita selalu mengaku mengenali Nabi, tetapi tidak pernah menghayati sirah dan perjuangan nabi dalam menyampaikan Islam.

Dan kita selalu mengaku bahawa kita ini Umat Nabi Muhammad, tetapi akhlak kita jauh menyimpang dari akhlak nabi.

Patutkah begitu....?

Ayuh, kita sematkan dihati...kita amat merindui dan mencintai Junjungan Besar Nabi Muhammad S A W dan akan sentiasa melaksanakan segala sunnah yang telah Nabi tinggalkan untuk kita...

Wednesday, February 24, 2010

SUARA INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

[GAMBAR HIASAN]

Syaitan gunakan nyanyian, muzik sesatkan manusia
Abu Bakar Yang
Pegawai Penyelidik, Institut Kefahaman Islam Malaysia


SENI suara adalah di antara rekreasi digemari dan berkembang pesat di Malaysia. Seni suara sama ada bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suara tersendiri. Umumnya, seni suara untuk mendapat hiburan dan keseronokan.

Al-Quran juga menerangkan mengenai bidang seni suara. Contohnya, firman Allah dalam surah Lukman, ayat ke 6, bermaksud:

"Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari agama Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan agama Allah itu sebagai ejekan. Mereka berhak menerima azab yang hina."

Kebanyakan ulama tafsir berpendapat bahawa 'laghwa al-hadith' ialah nyanyian. Dan seterusnya Allah berfirman dalam surah al-Isra', ayat 64, bermaksud:

"Pujuklah (wahai iblis) siapa yang engkau mampu di antara mereka dengan menggunakan ajakanmu (sawtika)."

Mujahid menjelaskan ajakanmu (sawtika) dalam ayat ialah nyanyian dan serunai. Seterusnya dalam surah Syu'ara ayat 224 - 227, Allah berfirman, bermaksud :

"Dan penyair-penyair itu diikuti oleh golongan yang sesat. Tidaklah kamu perhatikan mereka merayau-rayau di tiap-tiap lembah dan mereka memperkatakan apa yang mereka tidak lakukan kecuali orang yang beriman dan beramal salih, banyak mengingati Allah serta mereka membela diri selepas dizalimi. Dan orang yang zalim akan mengetahui ke tempat mereka akan kembali."

Apa yang dapat difahamkan dalam ayat di atas bahawa Allah mengutuk nyanyian yang digunakan untuk menyesatkan manusia daripada agama-Nya.
Begitu juga syaitan menggunakan media nyanyian dan muzik untuk melalaikan manusia daripada tanggungjawabnya terhadap agama Allah.

Seterusnya Allah mengecam penyair tidak beriman dan menjalankan kegiatan hidupnya tanpa matlamat, berusaha menyesatkan orang ramai dan mencari pengaruh dengan menggunakan syairnya. Tetapi penyair beriman dan beramal salih serta sentiasa menjalankan tanggungjawab agama dengan baik, tidak termasuk dalam golongan yang dikutuk oleh Allah.

Ini kerana syair mereka mengajak orang ramai kepada kebaikan.
Selain itu, ada hadis yang menerangkan kedudukan seni suara. Contohnya, Termizi meriwayatkan daripada Aisyah, katanya Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah rebana."

Sejarah Islam juga menceritakan bagaimana gendang digunakan untuk menaikkan semangat pejuang Islam apabila berada dalam peperangan.
Daripada hadis dan sejarah di atas jelaslah bahawa nyanyian dan bunyian boleh diadakan dalam majlis perkahwinan. Begitu juga pada hari perayaan dan kebesaran tertentu serta peperangan.

Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan sunat. Selain itu, ada pula yang haram. Nyanyian yang haram disebabkan oleh lima perkara yang mencorakkannya iaitu penyanyi, alat muzik yang digunakan, susunan kata, tanggapan pendengar terhadap nyanyian dan pendengar orang awam.

Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh Al-Azhar berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya. Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.

Apabila membincangkan mengenai seni suara perkara seperti susunan kata yang haram; kedudukan penyanyi perempuan; masa persembahan nyanyian yang menghalang kewajipan agama atau melalaikan orang; majlis yang disertai minuman haram; percampuran lelaki dan perempuan dan kesan nyanyian kepada pendengar tertentu yang membawa kepada berkelakuan buruk hendaklah diambil-kira.

Begitu juga syarat lain yang perlu dipenuhi seperti niat; tiada unsur yang bercanggah dengan akidah seperti syirik, kufur dan nifak; tidak bercanggah dengan syariat Islam seperti haram dan syubahat.
Tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardukan oleh Allah.
Menutup aurat, sentiasa menjaga adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran.
Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaan Allah.
Menjalin hubungan sesama manusia dan mesra alam.

Sewajarnya tidak menjadi kesalahan jika keinginan menyemarakkan Islam mengambil kira dan memastikan segala bidang hidup dihiasi dengan unsur Islam, termasuk seni suara dengan segala kebaikan dan kehalusan seninya.

Ini kerana berdasarkan fakta sejarah, bahan dan bidang untuk kesenian dalam Islam adalah luas.
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template