Thursday, May 6, 2010

HIKMAH DISEBALIK LARANGAN ALLAH


Memang terkejut bila melihat dalam youtube tentang satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi diletakkan dalam bekas besi kemudian di curahkan air minuman coca cola ke atas daging babi itu, setelah dibiarkan dua jam nampak dengan begitu banyak sekali ulat - ulat kecil yang banyak sekali merayap keluar dari daging babi itu. Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara pertama dahsyatnya dan jijiknya daging . kedua bangga menjadi muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung didalam yang berbentuk suruhan wajib ikut dan yang terlarang mesti dihindari.

Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat quran surah al Maaidah ayat 3 yang bermaksud: “ Diharamkan bagimu memakan bangkai,darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah…. Semak lagi surah al an'aam ayat 145 firman Allah yang bermaksud : Katakanlah “tidak ku dapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati(bangkai),darah yang mengalir,daging babi.

Pengharaman babi dalam al Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat yang sedang melanda dunia termasuk negara kita Malaysia iaitu H1N1 yang sudah meragut 44 nyawa . SubhanAllah maha suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang diciptaNya. Kalau Allah kata tak boleh rupanya bahaya sangat samada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri hasil kajian barat, babi membawa virus dan t sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit . dalam menghadapi situasi ini kita bertanya “mana kehebatan negara kuasa besar dunia tersohor dengan kecanggihan teknologi dan peralatannya serta para saintis? Mereka sedang mengkaji tetapi jangan lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatanNya

Amat menakutkan akibat dari babi ini H1N1 berjangkit tanpa henti dengan begitu pantas.. hanya bermediumkan udara yang boleh disedut di mana-mana. Di Pusat membeli belah, di tempat parking kereta, di kedai kopi, di stadium, di perhimpunan. Ia tidak begitu terasa, tetapi sedar tak sedar, ia bergerak begitu pantas. Anda juga tidak berasa takut dan gerun selagi tiada orang terdekat anda yang terkena, sekurang-kurangnya kena kuarantin.

Kedahsyatan penyakit H1N1 yang kita sedang hadapi ini baru sebahagian kecil serangan bahaya babi yang Allah kata bahaya ini tak masuk lagi pengharaman lain yang telah lama di laknat Allah tetapi masih berleluasa dalam masyarakat kita dilakukan bukan sahaja secara sembunyi-sembunyi lagi tetapi sudah berbangga sambil menunjuk-nunjuk seperti zina persundalan dan lain –lain.

Yang paling menakutkan kita masih “pekak” dengan kemurkaan Allah. Biasanya bila dah reda sikit sesuatu wabak atau bala kita akan lupa balik Allah. Lupa balik apa yang Allah larang balik asal buat engkar, bila kena bala baru semua pakat doa Allah balik solat mula rajin tapi bila dah sihat lupa lagi Allah . begitulah kedegilan sebahagian kita .

Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.

Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Begitu cepat ia merebak.

Jangan lupa gunakan kuasa doa samada doa biasa ataupun doa dengan qunut “naazilah” Semua dengan izin Allah semata-mata,"

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template