Thursday, August 26, 2010
NUZUL AL-QURAN : KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzu...l’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)". (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
SUMBER :www.islam.gov.my
kata Ustaz : sedihnya melihat generasi sekarang yang makin jauh dengan al-Quran. Ramainya murid yang tak dapat menguasai dan membaca al-quran. Mungkin kerana itulah, akhlak remaja sekarang makin teruk dan bertambah parah. Ayuh para Remaja Islam sekelian....kita kembali kepada al-Quran. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan kita akan selamat di dunia dan di akhirat
Labels:
kongsi
Friday, August 20, 2010
JASAMU DIKENANG....SELAMAT JALAN EN. ABD WAHID
Semalam 20 Ogos merupakan hari terakhir En Abdul Wahid Bin Nuruddin, Pengetua SMK Sentosa Kampar menjalankan tugasnya di sini. Beliau akan berhijrah ke SMK King Edward Taiping kerana kenaikan pangkat. oleh Satu majlis telah diadakan untuk meraikan perpisahan beliau. Seluruh warga SMK Sentosa ingin merakamkan ucapan jutaan terima atas jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan selama ini untuk membangun dan mencemerlangkan nama SMK Sentosa selama beliau menabur bakti disini. Semoga En. Abd wahid terus maju dalam kerjaya ditempat yang baru.
gambar-gambar sekitar majlis perpisahan boleh anda lihat di:
http://maktab-mahmud.blogspot.com
Labels:
ucapan
Saturday, August 14, 2010
SELAMAT BERPUASA
Sedar tak sedar, kita sudah berada dalam bulan Ramadhan lagi...Terasa pantas benar masa berlalu. Semoga ibadah puasa tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun lalu. Seperti biasa, apabila ramadhan menjelang ada beberapa perkara yang kita perlu renungkan:
1- Pastikan semua puasa tahun-tahun lalu telah digantikan. Sepatutnya setiap tahun dicatatkan berapa hari yang kita telah tinggalkan.Selagi tidak diqada, selama itulah kita berhutang dengan Allah S W T.
2. Pastikan kita tanamkan azam, untuk menyambut ramadhan tahun ini sebaik mungkin. Lebih baik dari ramadhan tahun lalu. Tingkatkan amalan kita pada bulan mulia ini.
3. Pastikan kita tunaikan puasa dengan penuh keimanan, keikhlasan dan pengharapan kerana dengan ini sahaja puasa kita akan diterima oleh Allah S W T. Kita tidak mahu, kita berpuasa, tetapi yang kita dapat cumalah lapar dan dahaga disebabkan puasa yang tidak diterima.
4. Pastikan kita mematuhi adab-adab berpuasa dengan menjaga perkara-perkara yang boleh merosakkan puasa kita.
SAMBUTLAH PUASA DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN DAN KEIKHLASAN, JANGAN TERASA DIPAKSA DAN TERPAKSA.
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SMK SENTOSA YANG BERAGAMA ISLAM, MOGA KITA SEMUA MEMPEROLEHI KERAHMATAN, KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN ALLAH S W T.
ikhlas dari PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Labels:
ucapan
Subscribe to:
Posts (Atom)