Monday, February 1, 2010

LAPORAN PROGRAM BACAAN YASIN BULANAN DAN TAZKIRAH BIL 1 2010


Pada 29 Januari 2010 telah dilangsungkan program Unit Pengurusan Dakwah yang pertama bagi tahun ini iaitu Program Bacaan Yasin Bulanan dan Tazkiran bil. 1. Selepas bacaan Yasin, satu tazkirah ringkas telah diadakan dan Kaunselor sekolah Encik Abdul Rani Bin Zainol telah diberi penghormatan untuk menyampaikan tazkirah. Berikut adalah intisari dari ceramah beliau:


Hati manusia ni tergolong atau dapat dikategorikan kepada 3 jenis hati iaitu Qalbun Shahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati), dan Qalbun Maridl (hati yang sakit).
[Diringkaskan]
Qalbun Shahih: hati yang sihat/selamat. Hati yang sentiasa ingat dan takut kepada Allah. Menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Qalbun Mayyit: hati yang mati yang tidak takut dan tak ingatkan Allah s.w.t. Apa yang dilakukannya hanyalah kerana nafsu semata-mata. Sekiranya kita berdamping dengan golongan ini bagaikan bertemankan racun dan mengundang bencana.

Qalbun Maridl: hati yang sakit. Hati sebegini kadang-kadang dekat pada Allah kadang-kadang menyimpang jauh. Ada masanya melakukan kebaikan dan adakalanya melakukan kejahatan.

Nabi saw bersabda:Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.”[HR. Bukhari-Muslim].

p/s: Cari dan jadilah hati kita seperti golongan Qalbun Shahih dan sekiranya ada cebis Qalbun Mayyit dan Qalbun Maridl berusahalah untuk berubah dan bertaubatlah. InsyaAllah...

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template